Penulisan tentang bidang kepakaran perubatan lain Kanun_Perubatan

Perubatan Pediatrik

Ibnu Sina menulis tentang perubatan kanak-kanak dalam empat bab dalam Buku pertama Kanun. Penulisan ini merangkumi hal-hal kebidanan sehinggalah penjagaan kesihatan dari peringkat bayi sehinggalah peringkat dewasa.

Bab pertama memerikan perihal kebidanan, dan penjagaan kesihatan bayi sehingga peringkat kanak-kanak (toddler). Bab pertama memuatkan penulisan tentang kelahiran, menyambut bayi, memotong tali pusat, memandikan bayi dan sebagainya. Bab kedua membincangkan tentang penyusuan. Ibnu Sina mengesyorkan penyusuan ibu dilakukan selama mungkin. Beliau juga menekankan bahawa tidak seharusnya dipakasa duduk atau berdiri sehinggalah ia bersedia untuk melakukan demikian. Bab ketiga membincangkan penyakit-penyakit pediatrik termasuk cirit-birit, batuk, penyaakit cacing, sakit telinga, gangguan pernafasan, sakit perut, gangguan tidur, tenesmus (akibat penyakit tetanus) dan sebagainya. Bab keempat pula memerikan penjagaan kanak-kanak sehinggalah mereka menjadi dewasa. Dalam bab ini Ibnu Sina turut membincangkan pendidikan moral dan emosi dan juga tentang beberapa penyakit yang sering menyerang kanak-kanak dalam lingkungan usia ini seperti penyakit cacar dan campak, konvulsi (kekejangan) dan beberapa kecacatan kongenital.[53]

Perubatan kardiovaskular

Kanun menerima idea Yunani kuno tentang sistem kardiovaskular, yakni Kanun menerima bahawa "terdapat liang dalam septum ventrikel jantung yang membenarkan darah mengalir antara ventrikel". Pandangan ini tidak berubah dan diterima oleh ahli perubatan sehinggalah diperbetulkan oleh Ibn al-Nafis membuat ulasan masyhurnya tentang Kanun Ibnu Sina dan mengutarakan penemuannya tentang edaran darah pulmonari pada tahun 1242 M.[7] Ibn al-Nafis juga menulis kritikan tentang pendapat Ibnu Sina — yang berpunca daripada pendapat Yunani — yang "darah yang terdapat di bahagian kanan jantung berfungsi sebagai penyubur atau pemberi khasiat kepada organ itu sendiri."[54] Walau apapun, Ibnu Sina tetap "mempunyai gambaran tentang peredaran darah", dan menulis dengan tepat tentang kitaran kardium dan fungsi injap kardium."[7] (Lihat bahagian Pulsology di bawah).

Kanun merupakan buku pertama yang memerikan sinkop vasovagus dan hipersensitiviti sinus karotid. Mengikut pakar perubatan, "Rencana 5 dari Buku III memerikan pengsan ("syncope", ataupun sinkop) berikutan penyempitan arteri karotid am, menguap, keletihan yang amat dan kemerahan kulit muka, yang kesemuanya mirip sinkop. Pemerian sedemikian kebarangkalian merupakan pernyataan pertama tentang hipersensitiviti karotid sinus dan sinkop vasovagus". Bab ini merujuk kepada hipersensitiviti karotid sinus sebagi Al-Lawa.[7]

Pulsology dan Sphygmology

Kanun merupakan teks pelopor dalam bidang pulsology dan sphygmology, satu bidang berkaitan nadi dan tekanan darah. Pada zaman kuno, Galen dan ahli perubatan Cina mempercayai bahawa terdapat denyutan nadi khusus dan unik bagi setiap organ dan bagi setiap penyakit.[55] Galen also erroneously believed that "every part of an artery pulsates simultaneously" and that the motion of the pulse was due to natural motions (the arteries expanding and contracting naturally) as opposed to foced motions (the heart causing the arteries to either expand or contract).[56]

Penjelasan betul berkaitan denyutan nadi diberikan oleh Ibnu Sina, selepas beliau memperhalusi teori Galen dan menulis dalam Kanun:[55]

"Setiap denyutan mempunyai dua pergerakan dan dua perhentian. Justeru, pengembangan : perhentian : pengempisan : perhentian. [...] Nadi ialah pergerakan jantung dan arteri ... yang berbentuk pengembangan dan pengempisan"

Kanun juga melopori pendakatan pemeriksaan nadi moden melalui pemeriksaan artei di pergelangan tangan. Ibnu Sina menyatakan bahawa pergelangan tangan merupakan lokasi yang paling sesuai kerana ia senang didapati dan pesakit tidak berasa tertekan oleh keperluan mendedahkan tubuhnya.

Dikatakan terjemahan Latin Kanun kemudiannya membawa kepada perekaan sphygmograph, yakni alat pengukur tekanan darah.[57]

Ibnu Sina juga menulis treatis treatis tentang pengdiagnosan penyakit melalui pemeriksaan nadi dan pernafasan.[43]

Nefrologi

Ibnu Sina banyak menulis tentang batu karang dan penyakit buah pinggang; dan anatomi dan fisiologi pundi kencing dengan terperinci. Pakar nefrologi (sistem kencing) menyaakan bahawa penulisan Ibnu Sina tentang pundi kencing amat meluas dan boleh dikatakan merangkumi hampir kesemua penyakit yang boleh terdapat pada organ itu. Pendekatannya berkaitan diagnosis serta kaedah penyampaian ubat, penggunaan kateter (tiub yang digunakan untuk mengeluarkan atau memasukkan cecair ke dalam rongga badan, memeriksa bahagian dalam tubuh, atau untuk melakukan mikrosurgeri pada suatu tempat spesifik dalam tubuh)[58] dan rawatan penyakit kencing hampir sama dengan pendekatan perubatan moden. Ini amat menakjubkan memandangkan Kanun dikarang 1,000 tahun dahulu. [59]

Ibn-Sina menurunkan maklumat yang lengkap berkaitan batu karang buah pinggang dan Kanun memuatkan maklumat berkaitan ubat penyakit batu karang. Beliau memerikan 65 ubat herba, 8 binatang, dan 4 ubat daripada bahan galian yang dapat digunakan bagi menghapus, membuang dan mencegah batu karang. Disamping itu, dalam Kanun, Ibnu Sina memperkenalkan cara mencipta ubat yang canggih (lihat bahagian "Farmakologi klinikal di atas).[60]

Neurologi dan Perubatan Psikologi

Neurologi

Bab terperinci berkaitan kecederaan kepala berjudul "Fraktur Tengkorak" memberikan pengetahuan yang mendalam tentang fraktur tengkorak dan rawatan secara pembedahan pada abad ke-11. Ibnu Sina memerikan pengetahuan sistematik berkaitan trauma kepala bersama-sama pemerhatian dan pengalaman dan kutipan daripada penulisan ahli perubatan kuno, Galen dan Paul dari Aegina.[61]

Kitab ini merupakan antara teks terawal yang membincangkan bidang perubatan psikosomatik, dan Kanun memerhatikan pertalian kuat antara emosi dan keadaan fizikal (fisiologi). Ia memerikan rawatan penyakit yang berpunca daripada emosi dan selain itu ia memuatkan penulisan berkaitan penyakit psikologi lain seperti melancholia, kemurungan, kecelaruan mood, fobia, dan sebagainya.[10]

Ibnu Sina juga berpendapat bahawa terdapat muzik dapat mempengaruhi keadaan psikologi dan fizikal pesakit.

Kanun memuatkan diagnosis penyakit kelumpuhan saraf fasial ("VII Nerve palsy"), dan perbezaan antara kelumpuhan yang berpunca daripada kerosakan otak dan keadaan hipermia (kelebihan pedarahan pada sesuatau bahagian tubuh). Penemuan yangpaling penting ialah penulisan berkaitan meningitis. Kanun membuat diagnosis meningitis sebagai penyakit yang disebabkan otak itu sendiri — Kanun membezakan meningitis daripada penyakit berjangkit otak lain, dan Ibnu Sina berjaya memerikan jenis meningitis yang timbul akibat jangkitan di bahagian lain tubuh.[43]

Psikiatri

Ibnu Sina banyak menulis tentang penyakit psikologi dalam Kanun dan memerikan beberapa keadaan mental seperti halusinasi, insomnia (keadaan sukar atau tidak dapat tidur), mania (sebarang bentuk gangguan men­tal yang dicirikan dengan kelakuan yang tidak terkawal), mengigau, melankolia ("kemurungan"), nyanyuk, epilepsi, kelumpuhan, strok, vertigo (pening kepala, iaitu merasakan seolah-olah keadaan sekeliling berpusing), dan tremor (gementar).[25] Three chapters of The Canon of Medicine were dedicated to neuropsychiatry.[62]

Kanun juga mendefinisikan penyakit gila (Junun) sebagai keadaan mental di mana keadaan nyata atau relialiti diganti oleh fantasi, dan mendapati bahawa ia adalah kelainan taakulan yang berpunca di bahagian tengah otak.[63] Kanun juga memerikan keadaan yang mirip skizofrenia yag dieglarnya sebagai Junun Mufrit (kegilaan teruk), yang dibezakan daripada jenis kegilaan lain seperti mania, rabies (penyakit anjing gila), dan psikosis manik-depresif.[64] Juga, Ibnu Sina mengkhususkan satu bab dalam Kanun untuk membincangkan mania dan rabies, dan memerikan rabies sebagai sejenis mania.[64]

Perubatan Tidur

Satu pandangan dari sudut psikologi tentang kencing malam (nocturnal enuresis) dimuatkan dalam Kanun:[65]

"Kencing malam sering kali berpunca daripada tidur nyenyak: apabila kencing mula mengalir, sifat dalaman dan keinginannya yang tersorok (mirip keinginan untuk bernafas) mendorong kencing itu ke luar sebelum kanak-kanak itu bangun daripada tidur. Apabila kanak-kanak membesar dan menjadi lebih kuat, tidur mereka kurang nyenyak dan mereka berhenti kencing."

Oftalmologi

Sumbangan Kanun kepada oftalmologi termasuk pemerian dan penjelasannya berkaitan fisiologi pergerakan mata yang masih menjadi asas oftalmomologi moden. Beliau juga memberi penjelasan tentang saraf optik, iris (anak mata) dan kelumpuhan saraf muka.[43] Satu lagi sumbangan Kanun ialah bahawa "saraf optik bersilang".[3]

Ibnu Sina bersama-sama Al-Jurjani memerikan keadaan mata yang dikenali sebagai eksoftalmos (penonjolan luar biasa biji mata sehingga kelopak mata tidak dapat tertutup)[66] seribu tahun sebelum diperikan oleh ahli perubatan Barat — Graves' disease mengambil sempena seorang daripada ahli perubatan itu, Dr Robert James Graves yang memerikan pertalian eksoftalmos dengan goiter (penyakit kelenjar tiroid) pada tahun 1835.[67]

Onkologi

Catatan tertua berkaitan kanser terdapat pada tahun 1600 di Mesir kuno. Para ahli perubatan pada zaman itu mengisytiharkan bahawa tiada rawatan bagi kanser, dan selama 1500 tahun, tiada rawatan wujud bagi penyakit tersebut sehingga mendapat diagnosis kanser menjadi hukuman mati kepada penghidap. Namun, pada tahun 1020 M, Ibnu Sina menulis dalam Kanunnya tentang rawatan yang memerlukan pembedahan kesemua tisu yang dijejaskan kanser, termasuklah amputasi dan pembuangan semua vena yang berhubung dengan tumor tersebut.[68]

Ibnu Sina mengenal pasti kanser sebagai satu tumor: beliau memerhatikan bahawa " tumor kanser bertambah besar, pemusnah, dan berakar dalam tisu-tisu tubuh." Beliau juga mencuba rawatan awal kanser dengan menggunakan "Hindiba", sebuah ubat campuran herba yang kemudiannya dikenal pasti oleh Ibn al-Baitar sebagai memiliki ciri "anti-kanser" yang dapt digunakan bagi rawatan tumor..[69] Hindiba telah dipatenkan bersama oleh profesor-profesor di universiti Boston dan Istanbul pada tahun 1977 selepas potensi anti-kansernya dibuktikan.[70]

Kanun juga merupakan penulisan yang pertama yang memerikan gejala-gejala kanser esofagus dan yang pertama yang menggelar penyakit tersebut sebagai "kanser esofagus".[71]


Rujukan

WikiPedia: Kanun_Perubatan http://www.sartonchair.ugent.be/en/sarton/biograph... http://baike.baidu.com/view/404079.html http://www.bookrags.com/history/islam-science-tech... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://www.experiencefestival.com/a/Islamic_Golden... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://www.muslimheritage.com/uploads/AgricultureR... http://www.unani.com/avicenna%20story%203.htm http://coursesa.matrix.msu.edu/~fisher/hst372/read... http://etd.nd.edu/ETD-db/theses/available/etd-1129...